::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #ffffff; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #56a5ec; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; border: 1px solid #ffffff; }

Tuesday, March 5, 2013

Pray for my HomeTown LAHAD DATU







Sekarang tengah duduk uma sambil online facebook untuk mengetahui update terkini berkenaan dengan pencerobohan tentera sulu di kampung halamanku LAHAD DATU. Sangat berdebar-debar menunggu berita terkini selepas serangan pada awal pagi tadi. harap-harap kejadian ni tidak akan berpanjangan. tengah hari tadi dapat info dr member yg bertugas di hospital bahawa suda ada RED ALERT. tertunggu2 juga jika ada siren amaran dikeluarkan oleh Pihak Keselamatan meminta orang awam pulang ke rumah masing2 seperti yang berlaku pada hari pertama kejadian tembak menembak pada 1 MAC 2013.

Ya la..bukan apa..kita risau jugak walaupun tempat kejadian terletak kira-kira 120km dr bandar tapi mana la tau kalau2 ada orang2 penceroboh yang berkeliaran d bandar kan..so berjaga2 juga la..apa lagi abang n hubby tetap bekerja ari ni. jadi, kena la alert kalau ada siren amaran dibuat. boleh terus call diorng suruh balik secepat mungkin.

Apa-apa pun harap2 kejadian ni tak kan berpanjangan. sekarang ni mo p mana2 pun sentiasa bjaga-jaga. jam 6 petang..seluruh daerah da sunyi sepi....rindunya dengan keamanan LAHAD DATU seperti sebelumnya... T_T