::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #ffffff; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #56a5ec; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; border: 1px solid #ffffff; }
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 18, 2014

Template Blog baru

Terasa cam nak tukar templete blog la. nampak cam suram je blog ni kan...maklum la blog da lama, tp updatenya on off. Apa ble wat tuan punya blog cam chips more...kejap ada kejap tak da. Sabar je la..Ni nak update segala macam templete n header bagai pun da lupa cam na caranya...terpaksa la kena tanya mr. google lg utk cari tutorial..hehe. Harap tabah la saya m'google ngan internet kat opis ni yang tak stabil. klo kat umah memang susah la nak mengadap sebab c kecik tu memang x bole nak tengok ummi dia online..nk pegang hp pun susah...kena tunggu dia tdo, baru la dapat nak bukak fb..tu pun just tgk sepintas lalu je..memang begini la kan bila da ada anak..ni baru sorg...kalo 2? 3? 4? haaa...cam na la tu kan... ^_^

Wajib la tempek gambar anak kan...
my Rayyan yang semakin ligat
^_^

Wednesday, September 17, 2014

Hari Yang Baik

Semalam sorg abang saya luahkan niat dia nak hantar rombongan meminang awek dia...Alhamdulillah sampai jugak jodoh abg saya yang sorg ni..penat menunggu jawapan kepada soalan "bila abg yg sorang tu nak kawin?? calonnya kan ada suda" time tu memang tak tau la nak jawab apa utk soalan tu...akhirnya semalam terjawab suda.

Hari ahad ari tu, parents awek dia da paggil abg saya ke rumah mereka n bagitau yg abang saya rombongan kami bole datang penghujung oktober ni..depends la pada kami nak datang bila, janji penghujung Oktober. Ha, apa lagi semalam busy la mak saya membelek2 kalender untuk cari hari yang sesuai. Belek punya belek 25 Oktober 2014 ni la yg paling cun, bersamaan dengan 1 Muharram 1436H. Hureeeyyy...hari cuti, so tak perlu la saya nak minta cuti bagai...hehe..

Semoga niat murni abang saya yang sorang ni dipermudahkan...In Shaa Allah...




Monday, September 15, 2014

I'am Pregnant!! ~~05 Februari 2013

05 Februari 2013 adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup saya. hari dimana saya tau yang saya mengandungkan anak sulung saya. ya memang da setahun lebih berlalu. tapi tak ada salahnya nak mengabdikan kenangan tu dalam blog picisan ni.

Semuanya bermula bila gusi mula membengkak secara tiba-tiba.pastu gigi pun join sakit sekali. sakit sangat ok. tau la kan bila gigi sakit ni apa pun tak bole buat. rasa cam mo mengamuk ja. tiap2 malam tak bole tido. tapi tahan jak selama beberapa ari. ada juga makan ubat sakit gigi dan ubat tahan sakit. berkesan jugak la. tapi x lama...huhu.. T_T. Akhirnya suami ajak jmp doktor..tanya pasal bengkak gusi tu mana la tau ada ubat yang bole kurangkan bengkak coz pipi sebelah kanan da macam pau sebab bengkak tu..sedey! da jumpa doktor segala, doktor bagi ubat..dan siap suruh makan kat ctu la ubat tu..so, ikutkan ja la.

Lepas dari klinik suami cam tak puas hati lagi. sebenarnya encik suami tu sangat yakin yang saya mengandung...saya?? cam x yakin sangat la. walaupun period saya utk bulan januari belum datang lagi...period saya tiap2 bulan memang on time. tak penah lagi skip2...period saya untuk bulan januari tu dalam tanggal 20++ la...so kira 2 minggu lewat da ni...risau n teruja jugak la. Jadi akibat ketidak puasan hati encik suami, dia ajak saya pergi GUARDIAN beli alat utk test kehamilan tu. siap beli dua lagi, satu yang biasa punya, yang just tgk 2 line tu..satu lagi yang brand CLEAR BLUE yang mention pregnant or not pregnant tu. saya layankan je..walaupun sebenarnya cam da tau kan.. ^_^

Balik rumah ja malam tu, suami terus suruh pegi test...saya saja ja lengah2..yang saya tau waktu yang bagus utk wat test ni awal pagi,,,tapi suami paksa gak wat test tu..ok..guna UPT yang biasa ja dulu. esok pagi baru guna  UPT clear Blue tu....dan hasilnya adalah...jeng..jeng...jeng...


terpampang kat ctu 2 line...parasaan time tengok tu memang susah nak di gambarkan..semua rasa ada...cam tak percaya. ya ka ni? betul ka ni? betul ka aq dah nak jadi ibu?...wahhh...betul-betul cam tak percaya tengok ni. bila tunjuk kat suami, dia punya senyum sampai ke telinga...happy betul dia...apa lagi terus amik gambar n post kat fb. Mulanya saya tak bagi dulu dia bgtau kat org...tggu test kedua esok pagi baru bgtau kat orang...tapi encik suami terlebih eksited, x sabar nak kongsi kegembiraannya dengan semua org..


UPT Clear blue tu hasil dari 2nd test...yup! conform saya pregnant 3+ weeks suda...Alhamdulillah,,setelah bernikah selama hampir 2 bulan, dikurniakan rezeki awal...sungguh tak sangka..namun kami terima kehadiran buah hati kami dengan hati terbuka,..^_^

Monday, September 8, 2014

Hai reader, hari ni saya nak kenalkan my buah hati, my jantung, my permata hati, my bf kecik, my everything in my life. presenting MOHAMMAD RAYYAN IRFANSYAH BIN MOHD YASSIN. ha ambik ko nama ja da penuh satu baris.hehe. bln ni  pada 06.09.2014 kesayangan saya ni da masuk 11 bulan. da makin bijak dan semakin menghiburkan hati kami sekeluarga dengan tingkahnya yang lincah...




nie pic2 kemarin (07.09.2014) yayen da dok dalam keta tunggu ummi dia siap...biasalah ummi bsiap lama ckit. nak siap2 brg yayen lg..nak ambik tu, ambik ni. mak2 kan byk la yg nk di angkut. nasib baik yayen bf, x yah nak bawak botol susu, segala bagai..hehe..


tengok la keletahnya ni...bikin geram  betol..time ni tengah demam selsema taw..tp sebab semangat nak bjalan, bukan main suka lagi dia...lupa terus yang dia tu tak sihat...sayang anak ummi..


Tempek muka comel sebijik.....
macam comel je....
eh, opkoz la comel kan.
hehe





ok...kawan2 ummi...kita jumpa lg di next entri

Friday, June 14, 2013


Pengalaman Minum Air Gula (M0GTT)




semalam 12.06.2013 adalah tarikh temujanji untuk minum air gula. Pada mulanya agak gerun dengar minum AIR GULA tu. ya la daripada apa yang didengar daripada orang yang berpengalaman tak kira la kak ipar, kawan2 atau dari blog2 sumanya crita yang x best. membuat diriku semakin gerun untuk melalui test tu. ermmm...sepatutnya time routine checkup bulan lepas lagi doc suruh minum air gula tu on next day...tapi saya cakap x bole coz nak balik kampung kat Indonesia..walaupun sebenarnya saya balik kampung on next of next day (eh betul ka apa yang aq tulis ni...OH MY ENGLISH!!..huhu..). ye la klo ari sebelum nak bertolak tu minum air gula, tpaksa seharian kat klinik jak..bila masa nak rehat n prepare apa2 yg patut sebelum jalan jauh..hehe bole terima x reason saya.. =)

Jadi ari rabu 12/06.2013 adalah harinya...nasib baik juga nurse ari tu watkan temujanji utk chekup bulanan hari yang sama juga. so, bole la wat sekali, tak payah nak ulang alik ke klinik 2 kali untuk bulan ni. nurse ada cakap untuk test MoGTT kena datang awal coz masa untuk amik darah tu kena masa yg pertama iaitu dalam kul 8 - 9 pagi.oh ya, semalam kul 10 malam saya da start puasa da.. kul 7 pagi da kena gerak gi klinik..siap2 da mintak hubby balik awal, ye la minggu ni hubby keja shift malam. balik keja patutnya kul 7. tapi sebab nak temankan isterinya ni..suami pun balik awal..sukaaa!! love u sayang!!!

sampai kat klinik, orang da ramai...amik no giliran utk dafter checkup bulanan pun da dapat no 49...ha agak2nya yg dapat no.1 tu datang kul 5 kot..hehe..tapi x pa, tggu kena panggil untuk amik darah..redha dalam takut..nasib baik takut yg amat sangat pada jarum tu da bkurang..tak sampai sejam menunggu da kena panggil masuk bilik amik darah. hubby tggu kat luar tggu amik giliran utk daftar. saya plak pas amik darah terus je ke makmal..sekali wat urine test kat sana. kemudian  ktorg d panggil untuk minum air gula..jeng!jeng!jeng!...ha tiba da saat yang di nanti2, masuk bilik makmal tu sambil membayangkan camna la agaknya rupa air gula tu...betul ka apa yang org cakap cam gula 1kg d masukkan dalam cawan yang maha besar tu?? sekali tengok, x la besar mana pun gelasnya. standard la..x jgk penuh..tgk akak kat sebelah tu da start minum sikit2 dengan muka berkerut..OH MY!! teruk sangat ka rasanya?? ermmm x pa saya hidu dulu air tu, baunya x la kuat sangat...dengan bismillah saya minum air tu sampai habis...dan HABIS!! lega...x la teruk sangat pun rasanya. walaupun tekak ada rasa lain macam ckit..tapi ok la.ktorg pun d benarkan untuk minum air biasa.makan jak x bole..jadi kuar2 jak saya trs minum air mineral..sampai setengah botol saya minum baru lega tekak ni.Yeahhhh!!! berjaya minum air gula ngan jayanya tanpa muntah sedikitpun (bangga ngan diri sendiri) hehe...

then baru hubby datang bawak no giliran untuk chckup plak...hubby siap tnya da minum air gula ka?? saya jawab da! sambil senyum2...hubby cam x caya jak..haha..pelik la tu org ok jak pas minum air gula..padahal sebelum tu bukan men takut lagi..haha..ada small matter ma..x la manis sangat..tipu jak org yg cakap air tu d campur 1 kg gula..wat penat jak takut..hehe..pasni kena tggu jam 10.20 plak untuk amik darah kali ke 2...masi x bole makan lagi..ok tabah la..minum jak.sampai masa terus p bilik amik darah n serah diri untuk cucuk tempat yang sama juga.lengan belah kanan..hantar ke makmal pastu kul 2 pm baru leh dapat result. sementara tggu tu, balik dulu la..x larat kot nak tggu kt klinik tu bjam2..bgs kuar.balik uma jap rehat2. kul 2 lebih baru gerak gi klinik balik (sempat tdo jap..hehe) g makmal amik result. dan resultnya ialah 4.2 before & 6.2 after. jumpa doc n doc cakap result ok, x da kencing manis..syukur alhamdulillah... ^_^





eh, panjang plak entri kali ni...x penah2 taip entri sepanjang ni..apa2 pun thnx for reading kepada sesapa yang sudi baca... babai!! mmmuaahhhh!! ^_^

Tuesday, March 5, 2013

Pray for my HomeTown LAHAD DATU







Sekarang tengah duduk uma sambil online facebook untuk mengetahui update terkini berkenaan dengan pencerobohan tentera sulu di kampung halamanku LAHAD DATU. Sangat berdebar-debar menunggu berita terkini selepas serangan pada awal pagi tadi. harap-harap kejadian ni tidak akan berpanjangan. tengah hari tadi dapat info dr member yg bertugas di hospital bahawa suda ada RED ALERT. tertunggu2 juga jika ada siren amaran dikeluarkan oleh Pihak Keselamatan meminta orang awam pulang ke rumah masing2 seperti yang berlaku pada hari pertama kejadian tembak menembak pada 1 MAC 2013.

Ya la..bukan apa..kita risau jugak walaupun tempat kejadian terletak kira-kira 120km dr bandar tapi mana la tau kalau2 ada orang2 penceroboh yang berkeliaran d bandar kan..so berjaga2 juga la..apa lagi abang n hubby tetap bekerja ari ni. jadi, kena la alert kalau ada siren amaran dibuat. boleh terus call diorng suruh balik secepat mungkin.

Apa-apa pun harap2 kejadian ni tak kan berpanjangan. sekarang ni mo p mana2 pun sentiasa bjaga-jaga. jam 6 petang..seluruh daerah da sunyi sepi....rindunya dengan keamanan LAHAD DATU seperti sebelumnya... T_T